Bahagia & Membahagiakan



Kehidupan adalah apa yang kita beri kepada setiap apa yang berlaku. Untuk bahagia kita perlu membahagiakan. Untuk membahagiakan kita perlu menjaga 5 aspek kehidupan seperti berikut:-

1.   Kesihatan


·         Saya perlu menjaga pemakanan saya, jumlah air yang diambil setiap hari dan senaman yang dilakukan untuk memastikan saya memperolehi kesihatan yang baik;

·         Dengan kesihatan yang baik, saya akan dapat melaksanakan ibadah dengan baik

·         Dengan kesihatan yang baik, saya dapat dapat melaksanakan tugas saya sebagai isteri, ibu, anak dan pekerja dengan baik;

·         Dengan kesihatan yang baik, saya dapat menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukan pertolongan.

2.   Intelektual


·         Ilmu dapat menaikkan darjat seseorang itu. Untuk menambah ilmu saya perlu memastikan saya melihat rancangan TV yang berkualiti dan tidak ada unsur2 lagha, Audio yang bermanfaat, membaca buku2 rujukan agama, mendalami Tafsir Al-Quran, Hadis dan Sunnah

·         Dengan ilmu saya dapat memastikan setiap ibadah yang saya laksanakan menepati hukum dan syariah

·         Dengan ilmu saya dapat mengenal pasti apakah amalan yang paling disukai oleh Allah swt dengan itu saya akan memperoleh lebih banyak pahala dan manfaat daripada ibadah yang saya lakukan

·         Dengan ilmu saya dapat melakukan amal jariah dengan berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja dan mendidik anak-anak untuk menjadi seorang hamba allah dan seorang pemimpin yang bertakwa

3.   Rohani – Hubungan Dengan Allah


·         Untuk memastikan saya mendapat ketenangan & keberkatan dalam hidup, saya perlu mendapat kasih sayang daripada Allah swt.

·         Untuk mendapat kasih sayang dan jaminan daripada Allah swt saya mesti memastikan saya melaksanakan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya.

·         Yang paling penting sekali saya perlu menjaga Ibadah Wajib – Solat, Puasa, Zakat/Sedekah

·         Selain itu saya perlu menambah baik Ibadah Wajib saya dengan Ibadah Sunat yang dapat membantu dan menyokong/mengukuhkan kekurangan ibadah wajib saya seperti Solat sunat, puasa sunat, Zikir harian dan mengamalkan doa2 yang mustajab

·         Saya juga perlu memastikan Ibadah Umum (kerja dan fardu kifayah) saya dilaksanakan dengan ITQAN supaya mendapat keberkatan daripadanya.

4.   Emosi – Hubungan Dengan Manusia


·       Sentiasa memastikan saya mempunyai hubungan yang baik sesama manusia sebagai seorang anak, isteri, ibu, ketua jabatan, kawan sekerja, jiran, penumpang teksi, pelanggan di restoran dan sesiapa sahaja saya pada ketika itu

·       Oleh itu saya perlu sentiasa menghormati setiap insan, menghargai apa yang mereka lakukan, memberi kasih sayang, bersangka baik, sentiasa menyebut kebaikan orang lain, sentiasa memaafkan, sentiasa bersyukur dengan apa saja kurnia/rezeki yang ada dan bermurah hati setiap masa

 

5.   Kewangan


·         Rezeki yang halal akan menjamin keberkatannya pada diri kita dan keluarga;

·         Berkat bermakna rezeki yang sentiasa mencukupi, anak2 yang menjadi dan segala urusan sentiasa dipermudahkan.

·         Oleh itu saya perlu memastikan setiap sen yang saya perolehi daripada gaji saya adalah halal;

·         Oleh itu saya perlu memastikan saya melaksanakan kerja saya dengan cemerlang dan yang terbaik dan tidak  melakukan kerja2 yang tidak berkaitan dengan tugasan saya di waktu pejabat.

·         Saya juga perlu memastikan setiap sen yang dibelanjakan adalah yang tidak sia2.

·         Memperbanyakkan bersedekah dan membantu sesiapa yang memerlukan.

 

          BAHAGIA DAN KETENANGN ITU REZEKI DARIPADA ALLAH SWT. SEMOGA SAYA MENJADI HAMBA NYA YANG SENTIASA MENDAPAT RAHMAT DARI NYA. AMIN.

Comments