SolatKu!!

Menurut Rasulullah (ketika peristiwa baginda berada ditengah2 kumpulan kaum muhajirin, baginda didatangi oleh kaum yahudi yang ingin mengetahui hikmah sembahyang)...Riwayat Saiyidina Ali Bin Abu Talib Karamallahu-wajhah

1) Zuhur
, Allah jadikan langit sebagai dunia tempat peredaran matahari sebaik-baik saja matahari tergelincir di dada langit dan masuk pula waktu zuhur, maka sekalian malaikat mula bertasbih terhadap ALLAH. Oleh itu ALLAH telah memerintahkan umat bersembahyang pada waktu itu, di mana pintu2 langit sedang terbuka dan pintu2 itu tidak akan ditutup sehingga zuhur didirikan serta dikabulkan segala doa yang dipohon.

2)
Asar
, waktu Adam diwas-waskan oleh syaitan sehingga beliau memakan buah yang terlarang di dalam syurga, maka ALLAH telah memerintahkan Nabi dan umatnya supaya bersembahyang pada waktu itu.

3)
Maghrib
, waktu ALLAH mengampunkan Adam a.s ketika Adam mempelajari kalimat (cara2 memohon keampunan) dari Tuhan, lalu ALLAH mengampunkannya. Maka Allah telah memerintahkan waktu bersembahyang pada waktu itu agar DIA dapat mengampunkan segala dosa mereka pada ketika itu.

4)
Isya'
, iaitu waktu para Nabi dan Rasul sebelumnya sembahyang.

5)
Subuh
, waktu terbit matahari diantara dua tanduk syaitan, maka ketika itulah orang-orang kafir sudah myediakan diri untuk menyembah sesuatu selain ALLAH. Tetapi Tuhanku telah memerintahkanku dan umatku supaya bersembahyang dua rakaat sebelum orang kafir itu memulakan peyembahannya terhadap sesuatu selain ALLAH.

Dan telah masuk Islam kaum yahudi itu setelah mendengar penerangan Rasulullah SAw mengenai hikmah solat lima waktu.

JAgalah waktu-waktu sembahyangmu dan peliharalah sembahyang-sembahyang itu pada waktunya dengan baik dan sempurna sebab itu adalah amanat Tuhan ke atas hamba-hambaNya. Siapa yang menunaikan amanatNya dengan betul dan baik, nescaya ia akan diberi balasan yang baik dan diletakkan pada darjat yang tinggi.Siapa yang tidak taat akan menerima kemurkaan Tuhan dan balasannya tentulah amat berat.

Comments