Umrah 2010

Tanggal 20hb March 2010, adalah tarikh yang paling bermakna untuk saya dan suami. Kami dimurahkan rezeki untuk menunaikan Umrah buat kali pertama. Diusia yang muda, 32 tahun, kami rasa amat bertuah dipanggil menjadi salah seorang tetamu NYA. Melihat kebesaran Allah SWT adalah satu nikmat yang tak terhingga.

Di atas dorongan rakan sekerja dan juga merupakan boss kepada saya, Anytha Junid, kami tekad untuk pergi ke tanah suci, walaupun berat hati untuk meninggalkan anak2 yang masih kecil - Aqil 9tahun dan Afiq 5tahun sesungguhnya kami percaya, Allah swt itu maha pengasih dan penyayang, segala nya mungkin sekiranya kita letak kan 100% ke atas NYA, memohon untuk permudahkan dan melindungi segala nya. Kami berlepas ke meninggalkan bumi Malaysia dengan linangan air mata bercampur baur antara suka dan duka.. Suka dan teruja untuk melihat bumi Allah yang sering diperkatakan dan duka meninggalkan keluarga tercinta.

Doa kami, selepas ini supaya menjadi seorang hamba, suami, isteri, ibubapa yang dapat melaksanakan perintah Allah swt dan amanah kepada kami dengan sebaik mungkin.  Amin.

Bersama rakan2 sebilik di Masjid Nabawi, sempat bersembahyang subuh pada hari pertama kami sampai. Makcik Zaimah, Makcik Esah dan Nana.

Diperkarangan Raudah, istimewa untuk kaum Adam dimana tiada sekatan waktu untuk mereka beribadat dikawasan raudah. Bagi kaum Hawa, kami terpaksa mengikut waktu yang ditetapkan. Serasa umpana dimedan peperangan, menunggu dengan penuh sabar dan mencuba dengan sehabis tenaga supaya dapat solat sunat barisan pertama berdekatan dengan makam Nabi Muhammad s.a.w.
Di depan Perkarangan Masjid Nabawi, disini selepas waktu solat ramai sekali peniaga membuka gerai mereka. Bermacam-macam jubah, kopiah, kain, tasbih dan lain-lain dijual disini. Suka sangat dapat beli stokin persediaan untuk Saie secara pukal. Bawa balik separuh untuk ibu mentua. 

Detik paling istimewa, selepas Umrah Wajib kami. Umrah seterusnya Umrah Badal dikerjakan oleh suami untuk Bapa Mentua - Abu Bakar dan saya untuk arwah ibu- Mah Binti Alang Omar. Sewaktu ini hati sungguh pilu, bila mana kali pertama berpeluang memandang Kaabah secara live, berpeluang menyentuh Kaabah dan alhamdulillah pada hari berikutnya kami berpeluang mencium hajarul aswad.
Tawaf Wida- sayu hati untuk meninggalkan bumi Mekah. Insyaallah ada rezeki kami yang datang kembali.


Bergambar kenangan sebelum pulang di depan masjidil Haram. Sesungguh hati ini riang, kami berpeluang mendapat nikmat untuk merasai betapa indahnya dan kebesaran bumi Mekah.
Rakan sebilik suami di Masjid Terapung.

Sungguh banyak sekali ingin dikongsi, tetapi kata2 tidak mampu untuk membayangkan dan mencatatkan segala pengalaman kami disana. Sesiapa yang ingin pergi kesana, pasang niat dan doa bersungguh2 supaya kita dijemput menjadi tetamu NYA disana. Insyaallah. 

Comments